tanpa mereka aku tak segagah ini

assalammualaikum..

ok,jom baca entri aku sepintas lalu

minggu depan aku dah nak final
then cuti 2 bulan
sem kali ni betul-betul singkat!
dan sangat menguji ketahanan mental aku.
jujur aku cakap,aku tak rasa stress sebegini rupa waktu SPM dulu.
aku hampir mengalami high hypertension.
assignment,tests,quizzes,semuanya diberi serentak,.
tanpa belas ehsan.
dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat,

tidur aku?
mana mungkin sama seperti dulu.
kalau dulu sekurang kurangnya 5 jam aku tidur.
sekarang aku hanya dapat lelapkan mata hanya untuk sejam atau sejam setengah,
mengantuk?
yes! aku terlalu letih.
otak aku dah exhausted.
badan aku dah tak larat.
namun aku cuba kuatkan semangat.

mood aku pula tak menentu.
kadar depression aku sangat tinggi,

hari-hari aku umpama insan yang tidak bermaya.
mata aku lebam gara-gara kurang tidur.
otak aku makin penat.
tidur aku pula hampir sahaja tidak cukup..

mustahil untuk aku bertahan pada tempoh ini.
namun aku percaya.
saat ni,hanya Allah yang sentiasa bersama aku.
dan aku bersyukur.
aku punya family yang sangat memahami.
ibu dan ayah sentiasa memberi sokongan.
hampir setiap hari ayah dan ibu akan telefon bertanya kan khabar.

kekuatan aku hanya pada mereka.
aku berdiri kerana mereka.
aku maju kerana mereka.
dan aku buat ni hanya kerana ibu dan ayah.

terima kasih ya Allah.
nikmat ini terlalu berharga.


my talk:) doa ibu adalah doa yang paling hebat.kata-kata semangat dari ayah adalah tonggak utama aku masih berdiri di sini. insyaallah.aku mampu buat..
Thanks for reading :)

No comments: