coretan dari beting.

assalammualaikum..

hi guys! dah lama rasa nya myra tak update belog ni..
sekarang ni baru ada kesempatan..:)
so,meh sini baca cerita terbaru myra..


now aku dah bergelar mahasiswi.
perasaan aku semestinya gembira.sebab ni yang aku kejar selama ini..
ni juga yang aku cita-cita kan sejak dibangku sekolah rendah lagi.
kalau dulu orang tanya,dah besar nak masuk menara gading tak??
aku yang berhingus tika tu terpinga-pinga akan maksud tersurat disebalik perkataan keramat itu.
dan sekarang,aku dah pon berjaya menjejak kan kedua belah kaki aku di situ.
alhamdulillah.
berkat doa ayah dan ibu,kini aku berada di menara gading..


perasaan berjauhan dengan keluarga semestinya aku tak dapat nak elakkan pada awal nya.
tapi aku perlu kuat untuk berjuang disini mengejar segulung scroll yang bagi aku pintu untuk aku kejar cita-cita aku yang selama ini orang pandang mustahil untuk aku mencapai nya.
insyaallah.akan aku usaha kan.
dah penat rasa nya aku dengar cakap-cakap orang.
ape tah lagi jelingan sinis mereka.
aku hanya mampu terseunyum..kerana aku yakin,yang dia atas sana maha mengetahui ape yang terbaik untuk aku.
kalau dulu aku hilang keyakinan diri.tapi sekarang aku akan bangkit semula untuk buktikan pada mereka.
kalau dulu aku hanya biarkan mereka bercakap.tapi sekarang akan aku tutup mulut mereka.
aku bangkit kerana dibelakang aku masih ade insan-insan yang Allah hadirkan untuk aku..
ibu,ayah,dan kedua adik aku punca semangat aku.
aku tak perlu kan sesiapa lagi.
kerana bagi aku sokongan mereka tulus buat aku meskipon berat untuk mereka lepas kan aku pergi.
akan aku guna kan peluang yang ada ni..insyaallah


aku mula daftar masuk pada rabu lepas.
perasaan aku ketika itu bercampur baur.
untuk pertama kali aku menjejak kan kaki ke menara gading ini,aku rasa teruja..
dan sepanjang 5 hari aku menjalani MDS..(minggu destini siswa)
sebuah program orientasi.
apa yang boleh aku share disini,aku selesa dengan layanan yang diberikan oleh senior-senior disini yang menjadi pembantu mahasiswa,PM (fasilitator)
sepanjang program tersebut.
tak ada istilah 'ragging'..
kita orang enjoy sepanjang program tersebut even badan letih..
kakak and abang PM merupakan pelajar disini yang merupakn pelajar semester 3,4,5..
walaupun MDS hanya 5 hari sahaja,tapi kami sudah seperti sebuah keluarga yang besar.
saling mengambil berat antara satu sama lain.
mereka juga tak sombong memberikan tunjuk ajar.
enjoy!


suasana di sini memang best!
aku cukup bertuah ditempat kan disini kerana kampus cawangan ini merupakan kampus paling bongsu.
kemudahan kami semua nya serba baru.
kemudahan wifi merangkumi seluruh kawasan kampus ini.
bak kata penceramah time MDS lepas,kampus kami bagai pusat peranginan,
haha.
sebab betul-betul diatas bukit dan dikelilingi kehijauan hutan.
jangan terperanjat kalau aku cakap,setiap pagi,kabus tebal sekitar kolej kediaman kami.


disini,aku menginap di sebuah apartamen di salah sebuah kolej kediaman yang disedia kan.
ada 8 buah katil.3 bilik.
housemates aku hanya 6 orang sahaja..
huhu..untungla..
paling senior dalam housemates aku umur dia 20 tahun.
kak ain nama nya.
aku rapat dengan dia.
housemates yang lain pon ok..alhamdulillah.


sepanjang aku berada disini,aku banyak belajar benda baru.
melalui abang dan kakak PM,aku suka tanya cara mereka bahagi kan masa belajr.
aku bangga bila kebanyakkan mereka mendapat DEAN LIST (DN) iaitu dekan.!
dekan??..
akan aku dapat kan status itu nanti..insyaallah.


hari terakhir aku MDS,kami menghadiri sebuah talk event dengan seorang tokoh.
apa yang aku boleh cakap,aku rasa bersemangat selepas itu.
aku lebih bersemangat untuk berjuang!
kata nya,UITM merupakan satu-satu nya benteng untuk anak melayu!
hanya anak melayu dan bumiputera sahaja yang layak.
dan kami sebagai penuntut disini merupakan generasi yang bakal membantu anak melayu pada masa akan datang.
anak melayu perlu pertahan kan bangsa,agama dan negara nya.
tokoh itu juga ada pasang kan video montaj.
dengan beberapa buah lagu.
aku tersentuh tatkala dia memainkan video wajah-wajah orang tua.
ramai pelajar yang hujan!
termasuk la aku.
kerana aku faham akan maksud video itu.
pengorbanan yang telah ibu dan ayah berikan selama ini tidak terkira.
dan kini tiba masa nya untuk aku membela nasib mereka.
kerinduan yang bersarang di hati pelajar baru tak dapat lagi ditahan.
semua nya tunduk sambil pikiran menerawang pada family masing-masing.


guys! rasa nya sampai disini je la..
insyaallah kalau ada kelapangan,myra akan update lagi.
doa kan kejayaan myra disini..

to ibu/ayah:kakak buat ini untuk ibu dan ayah.pohon restu dari kejauhan. :') misz u <3..insyaallah.kakak akan sahut cabaran ibu :')


to adik (qila) : misz u! tak dapat lagi nak gaduh dengan kau dik! :) it's ok..tunggu kakak balik cuti nanti.


to adik(myra) :good luck untuk paper spm yang seterus nya..misz u<3

sekian.

my talk:) misz ampang <3
Thanks for reading :)

No comments: