Alhamdulillah. Masih tekak Melayu

Assalammualaikum

Aku tak dapat tidur so izinkan aku nak bercerita.
Kisah throwback.
Ok la Kot?

Cuti bulan lepas aku aku plan nak beli box untuk aku simpan barang2 yg orang pernah bagi.
I mean barang dari aku sekolah dulu sampai la sekarang.
Kotak sekarang dah tak muat.
Oh ye..
Aku seorang yg hargai barang yg aku dapat.
Even barang tu kecik, tapi nilai dia besar bagi aku.


So aku ajak Adik aku yg kebetulan tengah cuti tu teman aku keluar.
"Boleh dengan syarat teman adik pergi makan ramyen"


Aku dah redha dekat situ.
Heii. Maggie Malaysia punya sedap dia nak juga makan Maggie Korea --'
Ok2.
Aku setuju je.


Lepas beli barang aku tunaikan janji .
Masuk je kedai tu dh dengar muzik Korea.
Adik aku hafal je. --'
Siap tau band apa yg nyanyi.

Nak order......
Dia belek buku menu tu macam semua dia nak order.
Aku sikit pun tak rasa selera ..


Datang pula waiter.
So dia suruh aku order dulu.
Aku order iced americano.
Hahaha.
Tu je yg aku rasa boleh lalu tekak aku.
Lepas tu adik aku gelak--'
Macam hareyyyy perangai dia.


"Order makan la dulu. Baru order air. "
Masalah nya aku tak tau nak makan apa???

Aku kata dekat dia aku tak nak makan.
Aku teman dia makan je.

"Sushi nak? Ni ada sushi beef+kimchi"
Aku tunjuk penumbok dekat dia.
Haaa.kadang org yg tak faham bahasa ni engkorang bagi sign je... Haha.

"Oh..lupa. Tak makan sushi.. Hahaha. Tak boleh kahwin lelaki Korea la macam ni".
Bahagia gila dia gelak kn aku depan waiter..


Igt aku selera nak lelaki Korea?
Semua jambu tak tentu pasal. --'


Tak sampai 20 minit order adik aku sampai.
Aku ingat dia order setakat sepinggan je.
Sebab dia yg beria nak makan.
Tapi yg sampai masa tu 4 pinggan!
Gila engko!!


Anak dinosaur mana aku bawa makan ni???

Rupanya adik Aku order black bean noodles,tteokbokki,sushi and lagi satu tu aku tak tau nak panggil apa.
Engkorang jangan tanya nama makanan tu dalam Korea.
Aku tak hafal.


Adik aku bagi aku pinggan tteokbokki. Aku tenung pinggan tu lama.
*Dia gelak lagi sekali.
Cisss.. Terasa macam aku ni baru keluar dari hutan amazon America yg tak pernah jumpa makanan macam tu. Hahah.


" Rasa lah. Ok yg ni adik berani cakap kakak boleh makan. Mesti tak muntah"

Ok..aku cool.
Aku ambil chopstick.
Adik aku masa ni kusyuk layan sushi beef kimchi dia.
Aku tengok dia makan sushi aku rasa loya.

"Tak payah lah tengok orang makan kalau rasa nak muntah."

Ok dia marah.

So aku cuba makanan depan aku tu.
Aku ambil seketul je tteokbokki.
Aku suap masuk mulut.


Not bad!
Sedap!!.


"Ha..sedap kan? Sebab tu adik order tu utk kakak"

Sedap rasa dia.
Tapi PELIK!
Haha.


Kenyal lembut dan pedas manis .
Semua complete.
Aku suka.
Macam makan marshmallow dengan kuah sweet sour.
Ha..gitu la.


Adik aku dia punya main dish black bean noodles.
Pak ahhh!
Hitam legam!
Ada hirisan timun dekat atas.
Kicap dia pekat nauzubillah.


Aku tengok Adik aku relax je makan.
Tak pahit ke weh??


"Nak rasa? Yg ni pun sedap. Macam mee hailam kita je. Cuma kuah dia sikit and pekat"

Aku tolak.
Sebab scary tengok kaler hitam tu.

"Rasa lah. Rugi tau. Sedap. Serius sedap. Adik tak tipu."

Ok.
Aku termakan pujukan dia.
Tapi kalau dia kena kan aku, memang dia kena balik nanti..


Aku ambil sehelai je nak rasa. Haha

Ok not bad!
Serius sedap.
Walaupun rupa hodoh hitam legam!
Hahaha.

Mee dia kenyal.
Kicap dia sedap.
*aku buat food review ni berdasarkan cara aku. Jangan kecam. Aku bukan peminat makanan Korea. Haha.


Sushi tadi adik aku habis kan sorang.
10 ketul tu dia sorang makan.
Aku surrender kalau sushi.
Pujuk la macam mana pun, aku tak akan makan!


"Hurm..sedap. Sedap nya. Tak pernah rasa sushi sedap macam ni. Lepas ni beli sushi dekat sini je la".

Kemain adik aku puji sushi tu.
Elehh..sedap lagi kuih gulung.
Huh!


Ok itu shj cerita aku.
Aku dah ngantok.
Selamat malem!

Sekian.

My talk:) dah tak ada cerita weh. Tido ahh


Thanks for reading :)

No comments: