Jelas

Assalammualaikum..

Minggu ni aku betul2 minta nyawa.
Haha..
Packed gila masa aku.
Non stop...


Ni HP aku ni non stop juga WS masuk.
Tak mampu nak reply semua.
Asal aku appears online untuk reply yg urgent, ada WS baru masuk.
Agaknya dorang nampak aku online.
Tu yang ajak berborak tu.
Sorrryy.
Tak mampu nak handle.
Cuma yg betul2 urgent je curi2 untuk reply.

Please jangan call.
Tak mampu juga nak jawab.
Maaf terpaksa kumpul panggilan engkorang dalam group "missed calls"..
Tak berniat.
Cuma masa tak mengizinkn.


Ni tepat 2.25 pg baru dapat hela nafas lega sikit.
Baru dapat rehat.
Masih sebati dengan aku.
Zaman diploma dulu time rehat aku di antara pukul 2-3 pg.
Lepas tu sambung study.
Dah terbiasa sampai sekarang.


Now banyak sangat komitmen.
Satu per satu.
But I manage to handle all.
Alhamdulillah.
So far tak ada satu yg jauh dari perancangan.

Oh ya.
Now aku rasa aku lebih focus dengan aim aku.
Aku susun baik2 plan aku.
Aku pastikn matlamat aku jelas.
Aku bina semangat aku.
Aku belajar benda baru.
Aku langkah 5 tapak ke hadapan.

Dare to dream.
Itu moto hidup aku sekarang.
Aku nak apa yg aku buat sekarang, utk 3 tahun hadapan masa depan aku.
Ikut cara ibu.
" Hidup tahun 2016. Tapi kena fikir apa nak jadi untuk lagi 3 tahun.."


Dulu aku rasa macam Elehh..awal gila nak fikir 3 tahun depan?
Now aku sedar kenapa ibu cakap macam tu.
Ibu aku ni tegas.
Well.  Anak bongsu.
Garang and tegas dia bersebab.


"Kalau hidup nak fikir untuk apa nak jadi esok atau lusa atau minggu depan, sama je macam hidup tak ada matlamat."

Padu seh!
Ibu tak suka nak cakap banyak.
Tapi sekali dia cakap, boleh buat otak aku terfikir.


"Fikir. Jangan buang masa. Kena sntiasa fikir.."


Ibu selalu pesan macam tu.
Well.
Now aku dah faham.
Better late than never.


Tak apa.
Kita langkah satu per satu.
Insyaallah plan aku untuk tahun ni yg aku dah fikir sejak zaman diploma lagi.

Selamat bersahur.

Sekian.


My talk:) till now tak sentuh nasi time berbuka even sahur pun. Penat sangat sampai tak lalu nak makan. Buka pun ala kadar. Sahur just ikut sunnah.
Thanks for reading :)

No comments: