Temuduga

Assalammualaikum.

Alhamdulillah.
Atas bantuan dan keizinan Allah, aku berjaya lalui dua perkara penting hari ni.


PERTAMA..

Aku berjaya lalui temuduga dengan sempoii..tu diaa.. haa.. bak kata orang utagha.. sempoii~
Seperti biasa aku dari dulu agak mementingkan masa. So aku orang pertama yang sampai.
Temuduga  bermula pukul 9 pagi. Tapi aku dah ada depan bilik temuduga pukul 8 pagi.
Sejam setengah juga la nak tunggu orang temuduga tu mai..

Penantian aku berbaloi. Aku orang pertama yang dipanggil masa ke bilik temuduga yang serba besar dan luas tu.
Perasaan?
Alhamdulillah aku tak ada rasa gementar mahupun takut.
Maybe aku dah banyak lalui temuduga sebelum ni.
So perasaan tu jadi teruja. Teruja nak buat yang terbaik..


Aku ditemuduga oleh seorang pegawai lelaki yang segak dengan pakaian formal.
Beliau sangat friendly..
Oh ya.. Tips temuduga kalau korang nak hilangkan rasa takut or awkward dengan panel temuduga, korang kena wujudkan satu pertalian yang baik dengan mereka.

sapa mereka dengan ayat yang baik.
Macam aku tadi, aku masuk je bilik aku dah nampak encik temuduga tu dah senyum lebar sambut kedatangan aku..

"Assalammualaikum Encik! Selamat pagi. "
 Then encik temuduga tu akan jawab sapaan kita..
lepas tu kalau korang tengok dia macam belum nak start lagi sesi temuduga tu, try la sapa macam aku ni..
" Selamat datang ke Uitm kami.."
terus dia reply ," Ya terima kasih. Besar juga uitm awak ni.."
haa..tu dia.. kau dah mula ambil hati dia. Tak susah pun..


So sesi termuduga aku pun bermula.
Masa nak jawab kau kena yakin dengan jawapan yang kau nak bagi..
Jangan terlalu formal.
Kadang ada panel temuduga nak sesi yang bersahaja seolah kau sedang berborak dengan mereka.
Tapi awas.!
Jangan terlalu sempoi sangat.
Hormat perlu ada. Jadikan kau punya temuduga itu satu perbualan yang menarik.



Jangan terlalu focus pada fakta.
Kadang ada panel kau tengok sisi kreatif kau menjawab.
Just be yourself.
Apa yang kau rasa kau nak share or cerita, just luahkan.


Ni contoh soalan aku tadi:

1- Perkenalkan diri anda.

Assalammualaikum.. Nama saya .... Berumur ... dan berasal dari ... Sya anak ke ... dari ... adik beradik. Mendapat pendidikan awal di .. seterusnya di .. dan kini di .. dalam jurusan ...

*cukup. kadang jangan meleret sangat nanti mereka bosan. Kalau mereka minta lagi tambah la berkaitan softskill yang korang ada or cita-cita korang.

2- Kenapa anda ambil jurusan ini?

Saya memilih untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang ini kerana .... Saya percaya peluang pekerjaan nya lebih luas dari segi ... Ini satu-satu nya jurusan/bidang yang beri banyak manfaat kepada ... dalam seharian hidup kita / masa depan kita. Dapat mempertingkan ... / Dapat memperbaharui .....

* Then korang cerita secara terperinci tentang jurusan yang korang ambil. Kadang tak semua panel tahu apa jurusan yang korang ambil .. Kadang juga ada yang pura-pura tak tahu sebab nak tengok korang explain.


3-  Kenapa kami perlu ambil anda sebagai penerima biasiswa/loan?

NI korang kena kreatif. Pancing panel temuduga dengan ayat yang kreatif tapi mesti relevan.

" Pertama sekali saya merupakan anak jati kelahiran selangor. Sudah semestinya saya mempunyai peluang untuk mendapatkan tajaann/loan.. Sya juga mempunyai cita-cita yang besar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya ambil ini seterusnya berbakti pada kawasan negeri selangor setelah tamat belajar nanti. Harapan saya besar untuk berkhidmat dalam bidang yang saya ambil ni di negeri selangor. Saya sendiri nak lihat negeri selangor membangun maju seriring dengan kemajuan negara. Tak ada apa yang saya mampu sumbangkan pada negeri kelahiran saya selain khidmat bakti setelah tamat belajar nanti.

*Ha.. ini jawapan aku tadi. So over ke? Tu je cara aku nak yakin kan panel tadi. So far dia angguk and senyum lebar. Alhamdulillah.


4- Sekiranya anda berjaya diterima sebagai penerima biasiswa/ loan apakah yang anda bakal lakukan?


*Yang ni korang fikir sendiri la. Senang je lagipun.


Alhamdulillah selesai 4 soalan tadi aku tengok panel temuduga senyum lebar..

"Tahniah.."

Itu yang panel tadi cakap sebelum aku keluar dari bilik temuduga..
Alhamdulillah..
Result akan dapat lagi dua minggu.. Doakan aku ye. Kalau ada rezeki aku, ada lah :)


sekian :) Ha.. untuk perkara penting yang KEDUA sebenarnya aku dapat panggilan untuk jawab peperiksaan online. Itu pun aku berjaya jawab dengan baik . Alhamdulillah..
Thanks for reading :)

No comments: