Legasi

Assalammualaikum..

yeayy!! akhirnya dapat juga update blog dekat lappy.
*tapi bukan guna lappy aku >.<
sedih!! dah sebulan tak dapat on lappy..
memang rosak! paisehh!
nak repair kedai rm150..
ahh..dalam poket tinggal sehinggit sekupang je..
tak cukup woii..
aku dah puas cari kerja dekat merata tempat.
tapi tak ada yang nak pakai orang.
aku tak nak pergi jauh sinun sampai ke klcc.
memang la tak jauh sangat.
tapi kalau dah setiap hari naik bus, pergi balik nanti macam tak berbaloi je gaji aku dapat nanti..?
tu baru transport..belum makan lagi?
klcc nak makan kena ada rm10!
ahh..tak sanggup.


tak apa..
ada masa lagi..
aku akan cari lagi..
ehh..wajib cari sebenarnya.
kalau tak cari kerja cemana nak repair lappy??
nak prepare lagi duit belanja dekat uitm lagi.
adik aku nak sambung belajar ni memang banyak ler pakai duit dekat dia.



ok habis pasal itu..

aku tadi dok kemas rak peribadi aku..
segala file berkenaan aku dekat rak tu.
dari tadika sampai la universiti ni..

then aku terjumpa benda ni..






ni sebahagian daripada simpanan aku..
rindu sebenarnya nak aktif sports.
masa di sekolah rendah aku lebih kepada larian..
aku main 4x100.
aku pass baton..
seronok bila kau lari dekat balapan and budak rumah sukan sorak bagi semangat.
bila tengah berlari kau tengok pelumba sebelah cuba nak pecut kau..
time tu semangat nak pecut lagi laju makin membara.

aku selalu jadi pelumba untuk tempat terakhir.
misi aku untuk tamat kan larian ke garisan penamat dengan catatan masa yang paling pantas.
ok nervesss!
serius nerves!
sebab semua mata akan tertumpu pada kau waktu itu.


masuk sekolah menengah aku main bola jaring.
3 sijil daripada 4 dekat atas ni sebenarnya sijil bola jaring aku.
aku pernah join game bola jaring untuk program rakan muda.

pendorong aku untuk join netball ni ibu aku..
ibu dulu atlet dekat sekolah sukan Za'ba NEGERI SEMBILAN..
aku tengok gambar ibu masa dia di bangku sekolah.
ibu memang aktif bola jaring.
kata ibu setiap minggu dia akn turun training.
dan setiap bulan ibu akan keluar untuk wakil sekolah.

so masa aku join game netball ibu banyak bagi sokongan.
bagi tunjuk ajar.
apa yang perlu..ibu share skills dengan aku.
ibu pernah turun padang pantau latihan bola jaring aku dengan kawan-kawan lain.

kata ibu, naik main bola jaring kena tangkas.
jangan buang masa.
once bola dah dapat dalam tangan terus cari kawan.
biasa nya kami tak akan bazirkan masa dengan pass bola antara ahli yang lain.
depend pada siapa lawan kami.
sekiranya boleh kami akan terus hantar bola ke petak D.


masa di sekolah menengah juga aku belajar beberapa trick.
yang aku masih ingat sampai sekarang ialah trick kereta api..
budak2 aku yang bagi nama tu.
trick tu boleh kelirukan lawan kita.
mereka biasanya akan salah tafsir ke mana bola itu kami akan bawa.


tingkatan 1 aku mula berjinak jinak dengan game ini.
di tingkatan dua aku dah mula aktif.
kami mula cari game luar untuk join.
awal tingkatan 3, ibu dah ketatkan jadual aku.
ibu nak aku beri focus pada PMR.
nak turun padang main pun hanya hari-hari tertentu sahaja.
yes..ibu memang tegas.
kata ibu, ibu tak nak aku jadi macam dia.. ibu nak aku seimbang dari segi sukan dan akademik.
aku cuma akan turun main hujung minggu je.
sebagai cara nak release tension lepas belajar.

masa sekolah ibu pegang anugerah olahragawati sepanjang 4 tahun berturut turut.
ibu main bola jaring and bola tampar.
ibu idola aku dalam bola jaring.
setiap kali aku bagi tahu ibu yang aku akan main bola jaring, ibu orang yang paling happy.
ibu akan tanya macam2.

tak habis dekat zaman sekolah ibu wakilkan jabatan tempat ibu bekerja untuk bola jaring.
sama juga.setiap bulan jabatan akan hantar ibu untuk game.
ada juga jabatan pinjam kan ibu untuk wakilkan company lain.

legasi bola jaring.haha
dari ibu turun pada aku
adik aku kaki bangku.
dia tak aktif sport.
sokay la.
tapi yang penting aku rindu nak turun padang main betul2
nak training and masuk main game.

itu je la dari aku..
sekian.


my talk:) tak ada idea ak update sebenarnye,haha

Thanks for reading :)

No comments: