Azam !

Assalammualaikum..

hari ni hari terakhir untuk tahun 2013..
ahhh..
bosan gila intro aku..
ok tukar..

tahun 2013 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi..

*macam nak buka majlis je main labuh-labuh tirai ni.~

tak best..tukar lagi..

Esok 1 January 2014 genap aku 21 tahun di muka bumi Allah ni..
*perghh!! islamik gituu.. ;)

ehh..21 tahun dah??
kejap..macam tak caya je..
wehh!! umur aku 21 tahun??


ok,itu kenyataan yang aku wajib terima..
laju nye masa berlari..
azam tahun baru??

buat masa ni ada satu je..
aku ingat nak cari lagi.. :p haha

azam aku buat masa ni, aku nak cari peluang baru untuk aku berikan pada diri aku selagi peluang itu tidak menyimpang daripada niat utama aku iaitu aku nak cuba seberapa banyak peluang yang ada untuk aku perbaiki dan mantapkan skill leadership aku seterusnya untuk aku capai cita-cita utama dalam hidup aku.

engkorang faham ke apa yang aku merepek dekat atas ni??
haha

ok lah..senang cerita cenggini..
aku nak cuba benda-benda yang baru sekiranya diberi peluang dan dalam masa yang sama aku nak improve skill aku sebagai seorang pemimpin untuk diri aku.. bila aku post mortem rasa nya aku ni banyak hal yang perlu aku perbaiki.. banyak sangat. aku kurang berdisiplin. ketegasan dalam diri ada..cuma selalunya aku sendiri kalah.. ok..aku harap lepas ni dapat sangat aku perbaiki yang itu.. tak banyak..cukup kalau aku dapat jadi pemimpin untuk diri aku sendiri..


bunyi macam bajet poyo je kan? haha..
tapi itu perubahan dan azam baru aku..
memandangkan aku anak sulong, aku punya seorang adik.
bagi dia aku lah kakak.. dan aku lah abang.
tak kesah lah macam mana aku bawa dia..
cuma satu yang pasti..
aku nak buat yang terbaik untuk dia dan aku akan beri yang terbaik untuk dia..InsyaAllah.

untuk tahap ini aku cuba memahami isi hati dia..
alhamdulillah..aku punya seorang adik yang sangat baik..hormat aku sebagai seorang kakak.
aku sentiasa ubah cara pendekatan aku dengan dia..
kalau dia salah aku akan tegur..aku tak suka nak marah.
sebab aku sendiri tak suka kena marah..marah boleh wujudkan perasaan benci..trust me..
aku banyak baca buku motivasi..so cara yang terbaik adalah menegur dengan nada tegas..
setiap kali adik aku buat salah,aku akan tegur..dan aku akan bagi sebab kenapa aku tegur dia.


aku sedar adik aku dah peringkat remaja.
remaja kan?..so perasaan memberontak mudah singgah..
senang cerita apa yang aku buat, semuanya untuk kebaikan dia.
aku bukan bersikap untuk mengawal.
aku beri dia kebebasan untuk membuat keputusan sendiri..
aku nak dia belajar berdikari.. belajar buat keputusan sendiri tanpa bantuan orang lain..
aku bagi dia peluang untuk memilih..
aku nak dia tahu, apa pun dia buat, aku sentiasa ada untuk dia..
sebab tu aku sangat setuju bila dia nak masuk asrama penuh..
alhamdulillah..banyak perubahan yang aku nampak..
dan sepanjang dia di asrama aku sedia 24 jam untuk dia..
haha..pernah je pukul 2,3 pagi dia call cerita masalah..
aku gigih la bangun dari tidur settle kan masalah dia..
lahaiii..dia tu je seorang adik aku. :)


ok..habis cerita pasal adik aku..haha

aku harap tahun baru nanti aku lebih focus dengan apa yang aku usahakan..
ya..aku nak habiskan diploma dan insyaAllah aku nak terus sambung degree..

ok settle bab diri aku..
settle juga bab adik.
bab pelajaran pun settle..

apa lagi??

urm..hubungan?
ok..kalau cakap pasal umur ramai akan cakap pasal hubungan..
kalau nak dibandingkan aku dengan kawan2 sekeliling aku, ramai yang dah ada steady boyfriend..
ada tu dah kahwin lagi..
*tahniah pada yang dah kahwin! :)

aku personally tak ada lagi dan aku sendiri rasa belum lagi untuk masa sekarang.
aku percaya jodoh itu rahsia Allah..so aku serahkan pada NYA..
tak mampu aku dahulukan keperluan aku daripada keluarga aku sendiri..
aku sedar tanggungjawab aku makin berat..
sebab aku anak sulong dan aku tak punya kakak or abang di atas aku.
jadi aku nak buat persiapan diri untuk keluarga aku terlebih dahulu.
keluarga keutamaan aku..
ibu ayah akan bergantung pada aku ..
so aku rasa lebih baik aku focus pada keluarga buat masa ni..
pasal steady boyfriend tu, kalau ada jodoh nanti, ada la kan.. :)

InsyaAllah aku masih berpegang pada prinsip, keluarga keutamaan aku..


eh..dah lah..panjang pula cerita aku kan?? haha.

sekian

my talk:) welcome 2014!





Thanks for reading :)

No comments: