Peluang itu ..

Hai.. Assalammualaikum.

hurm..malam ni jari jemari aku ligat nak berjoget atas keyboard ni.
boleh kan?

minggu depan dah start SPM kan?
So calon-calon SPM dah ready?

haimehh..
apa cerita adik kesayangan aku dekat asrama tu?
kalau ada depan mata ni, senang juga aku nak pantau..
nak kasi ketat kan lagi skill dia.
risau sebenarnya.


kalau dulu masa dia UPSR & PMR, memang selalu pantau.
sebab depan mata kan.
ni bila dia dekat asrama, aku harap dia pandai urus jadual dia dekat sana.


result UPSR & PMR bila keluar ye??

aku rasa macam nak highlight something.

kalau adik-adik dekat luar sana dapat result gempak i mean straight A's, harap sangat you guys yang sekolah harian biasa ni dapat masuk belajar ke sekolah asrama penuh or MRSM..
please guyss..
think about your future..


korang dah berhempas pulas buat yang terbaik dalam exam,and dapat pula result flying colours, why not korang tempat kan diri korang dekat salah sebuah sekolah berasrama penuh..?

masa depan cerah sangat adik-adik ku..
believe me.

ahh..bila cakap pasal boarding school, aku mesti akan emosi sikit.
tak semua benda yang kita nak,kita akan dapat.
tapi kalau peluang yang terbaik dah ada depan mata, kenapa kita nak tunggu lagi?
kenapa kita nak lepas kan?


hal ini dah jadi dekat aku sendiri.
kecewa?
TERRRRAMAT sangat.
tak reti aku nak luahkan macam mana lagi waktu itu.
hati aku memberontak.


since UPSR lagi bercita cita untuk ke boarding school.
but result aku tak melayakkan aku untuk masuk ke sekolah asrama penuh.
and aku cuba lagi.

untuk PMR , aku awal-awal lagi dah maklum kan pada ibu ayah berkenaan niat aku.
mula nya ibu ayah tak ambil serius benda ini.

setiap bulan aku selalu ulang cita-cita aku pada ibu ayah.
even masa ayah hantar aku pergi tuisyen pun, masa aku salam tangan ayah, aku selalu cakap,
"kakak nak buat PMR ni (nak score). kakak nak masuk MRSM.."
ayah sekadar mengia kan niat aku.


semakin hampir dengan PMR, semakin membara azam aku.
bilik aku, penuh dengan kata-kata motivasi..
semua tu aku sendiri yang tampal..
baik dekat dinding..mahupun dekat almari baju aku.

belakang pintu bilik aku pulak, nah.. 8A's PMR! aku tampal sebagai motivasi diri.

alhamdulillah..
berkat bantuan cikgu di sekolah,
tempat tuisyen,
dan yang paling utama,  dengan keredhaan NYA, aku capai matlamat aku.

8A PMR!..
aku sendiri tak sangka.
waktu aku ambil result itu, aku tak nak tengok langsung slip aku tu.
aku takut aku kecewa..
lepas dah tandatangan untuk ambil slip, aku pas kan slip result aku dekat adik aku..
kebetulan dia teman aku masa tu.


yes! aku berdua je dengan adik yang datang ambil result masa tu.
adik orang pertama yang menjerit and menangis..
dia peluk aku lepas tu..
aku tergamam..sebab adik masih tak bagi tahu lagi result aku.
lepas dia tunjuk slip aku,
Allahuakbar..masa itu aku rasa bersyukur sangat..
dan kali ini air mata aku mengalir sekali.
bersyukur..usaha aku selama ini berbaloi..


aku balik rumah, masa itu ayah kebetulan ada untuk balik makan tengahari.
aku tunjuk slip..dan itu kali pertama aku tengok ibu menangis and peluk aku..
aku gembira dapat buat ibu happy masa tu..


dan selepas itu aku mula bertanya kan soal permintaan aku untuk masuk ke asrama penuh.

ringkasnya, bagi pihak ibu, tiada halangan.
malah ibu support aku untuk masuk asrama.
tapi ayah bertegas mahu aku teruskan di sekolah lama.

ada sebab kenapa aku tanam cita-cita untuk masuk MRSM..
sebab aku nak dapatkan pembelajaran aliran sains tulen dengan teknik belajar yang paling bersistem.
semua sedia maklum MRSM sendiri punya sistem pembelajaran yang berbeza dari sekolah harian biasa.
dan sebab lain, aku nak pastikan laluan aku lebih mudah untuk aku capai cita-cita aku..


tapi semua itu hanya mimpi sahaja.
ayah berkeras tak izinkan aku..
aku sendiri tak pasti atas sebab apa..?
diri aku sentiasa memberontak mahu kan penjelasan untuk itu..


since itu, aku hilang semangat nak belajar.
yes..aku masuk ke tingkatan 4 di sekolah lama..
4 sains 1.
tak ada apa yang dapat aku banggakan dengan kelas aku waktu itu.
sebab aku dah hilang semangat nak belajar.
aku rasa cita-cita aku musnah masa itu.
setiap kali balik sekolah, puas aku menangis dekat ibu supaya ibu dapat pujuk ayah.

dah macam-macam cara aku cuba.
macam-macam janji aku aku tawarkan pada ayah.
keputusan ayah tetap muktamad.

dan sampai satu tahap, aku kurungkan diri aku dalam bilik.
aku tak nak makan.
aku tak nak pergi sekolah.
sebab aku rasa sia-sia usaha yang aku buat selama ni.

ayah cuba memujuk.
tapi ayah masih juga tak bagi apa yang aku nak.
dan akhirnya aku sendiri meluahkan apa yang aku pendam pada ayah.

" kalau tak izinkan kakak masuk MRSM, kakak tak akan perform dalam test dan exam.."

masa tu Allah je tahu..renyuk hati ni sebenarnya.
ayah terdiam.
ibu membisu.
aku sedar aku tak patut cakap macam tu.
tapi hati aku kecewa sangat masa tu.


dan YA..
aku memang tak focus dalam kelas.
aku tak siapkan homework.
waktu itu aku nak ayah rasa kecewa dengan aku, sepertimana aku kecewa dengan keputusan ayah.

result test dan exam aku teruk.!
subjek aku gagal!
aku memang tak minat langsung nak masuk kelas.
bila time rehat, aku lepak lama-lama dekat kantin.
kalau dalam kelas aku tak focus pada cikgu.
buku sengaja aku tinggalkan dekat rumah.
kalau dalam lab untuk experiment aku selalu tak involve.

waktu itu aku betul-betul memberontak.
aku memang dah hilang minat nak belajar.
sebab aku rasa kalau belajar pandai-pandai pun bukan boleh dapat peluang yang lebih baik..
so lebih baik aku lepak je.


suatu ketika ibu juga yang datang pujuk aku.
sekali lagi aku menangis depan ibu.
"kenapa kakak tak dapat peluang macam orang lain?"

aku berjaya habiskan tingkatan 4 aku dengan rekod akademik yang teruk.
aku kecewa. tapi dalam hati tercuit rasa puas..


dan bila sampai masa adik, sekali lagi ada tentangan dari pihak ayah.
aku sebagai seorang kakak, aku tak nak tengok nasib adik sama macam aku dulu.
puas aku berhujah dengan ayah..
dan alhamdulillah.
ayah lembut hati untuk izinkan adik masuk asrama.


itulah cerita aku..
jujurnya, sampai sekarang aku masih terkilan lagi..
sebab aku tak dapat peluang itu.
even adik dah berada di MRSM, tapi aku tak punya peluang itu.

aku percaya pada apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.
mungkin bukan rezeki aku..

ya..rezeki adik.

hope adik-adik yang dapat result bagus, please rebut peluang yang ada.
dan harap sangat uncle/auntie yang ada anak2 pandai tolong bagi dia peluang untuk dapatkan pendidikan yang lebih baik lagi.. jangan sia-siakan mereka.


sekian..

my talk:) kalau lah aku dapat putarkan balik masa.?.......


Thanks for reading :)

No comments: