Salam Aidilfitri

Assalammualaikum..

Salam Aidilfitri..

hari ni myra baru berkesempatan untuk jengah blog ni.
maaf sebab dah lama tak tepek entri dekat blog ni..
since balik bercuti untuk raya jumaat lepas, banyak kerja rumah yang perlu dilunaskan.
almaklum je lahh..
adik beradik tak ramai.
nak pula kita ni yang sulong.. so,mostly bergantung pada kita la.
kalau dulu boleh juga ngelat..
sekarang ni,semua keputusan ibu serah pada aku.
bak kata ibu, "sekarang ni apa-apa keputusan ibu serah pada kakak . "
berat juga ni.
even ayah masih lagi jadi ketua keluarga,tapi since sek lagi mereka dah mula ajar aku pegang tanggungjawab untuk keluarga.

cukup cerita sampai situ..

ok,so far alhamdulillah.
Allah masih beri aku peluang untuk aku salam dan cium tangan kedua ibu dan ayah..
banyak kekhilafan yang telah aku lakukan.
aku bersyukur.. Allah masih beri aku peluang untuk aku mohon ampun dan maaf pada ibu dan ayah di pagi raya.
sesungguhnya, ibu dan ayah pemberian paling bermakna buat aku.

pagi raya , ibu masih menyediakan hidangan feveret aku.
alhamdulillah. air tangan ibu jauh lebih sedap.
ibu sedia maklum dengan hidangan feveret aku yang perlu ada pagi raya.
susah macam mana pun penyediaannya, ibu akan cuba sediakan untuk aku..


aku suka makan masak lodeh.
itu memang menu wajib aku untuk pagi raya.
pernah je dulu ibu tak buat masak lodeh tu.
then aku punya la merajuk sampai tak nak makan!! *teruknya.~
dek kerana itu,ibu buat masak lodeh untuk aku..
dah petang baru aku makan,..! haha..* 


raya aku setiap tahun sama je.
tak pernah berubah.
orang kL macam aku ni mana ada kampung?
dan aku akan spend malam raya aku lepak dekat jalan TAR..
boleh dikatakan itu perkara wajib setiap tahun.

even sesak! tapi suasana macam tu boleh buat aku lupa sekejap kesedihan aku! haha.
bila tengok ramai orang dekat jalan TAR, aku dapat rasa bukan aku seorang je yang tak balik beraya di kampung..rupanya ramai lagi~
since arwah atok dan wan tak ada, dekat KL la tempat aku sekeluarga sambut 1 syawal ..
aku rasa aku rugi.. rugi sebab tak dapat peluang nak beraya di kampung macam orang lain..

ingat lagi waktu kecik,masa itu umur aku dalam 7 tahun..
itulah raya terakhir aku sambut 1 syawal di kampung.
malam raya lagi dah meriah! memandangkan cousin sebelah ibu paling ramai dan sebaya, kita orang hidupkan malam raya sampai pagi..
buat meriam buloh sesama.. dan aku masih ingt lagi macam mana nak buat meriam buloh!
kalau nak level low sikit,kita orang akan buat mercun guna tin susu atau tin sardin..
ahhh..rindu moments itu.. kecik-kecik lagi dah belajar buat 'bom'! haha..
karbaid tu dah jadi macam barang mainan kita orang time tu..


tapi..semua itu aku tak dapat lagi untuk tahun ini..
dan Syawal tahun ini aku terasa kosong..
aku kehilangan dua insan yang bermakna dalam hidup aku.
aku tak dapat lagi nak dengar suara arwah Pak Long ketuai majlis tahlil pagi raya kedua..
aku tak dapat lagi tatap wajah redup arwah Pak Ngah..


seperti biasa, raya kedua aku  akan balik kampung ziarah pusara arwah atuk dan wan..
dan dekat tanah perkuburan tu juga aku akan jumpa arwah pak long. sebab arwah pak long biasanya akan ketuai majlis tahlil yang buat secara besar besaran dekat tanah perkuburan tu..
tapi tak untuk raya kali ni..
"kakak, pak long kan yang baca tahlil tu?" .. soalan adik betul2 buat aku tersentak..
aku rindu kan arwah pak long.. insan yang sentiasa teruja bila kami semua balik kampung..
aku rindu peluk cium dari arwah.. setiap kali balik kampung, arwah akan peluk dan cium dahi aku .. jelas kasih sayang arwah sentiasa ada untuk kami..
arwah sangat penyayang.. :'(
pesan arwah : "belajar rajin-rajin.. ingat jasa ibu ayah. dan berjaya nanti jangan lupa ibu ayah. "

selepas arwah pak long, arwah pak ngah turut sama pergi.
dan sehingga sekarang aku terkilan.
terkilan sebab aku tak dapat balik dan hadir sewaktu hari pengkebumian arwah.
arwah pak ngah umpama  ayah kedua.. arwah sangat concern tentang pelajaran aku dan adik.
"pak ngah,myra rindu pak ngah.."


Allah lebih sayangkan keduanya..
mereka pergi sebelum aku sempat tunjuk kejayaan aku pada mereka.


till here..
meleleh juga ayor mata teman ni..haha.

Raya pertama..


Raya kedua di kampung..

My lil angle..



sekian..

my talk:) cuti seminggu tak cukupppppppppppppp!!!!..


Thanks for reading :)

No comments: