hati anak kecil..:)

salam..

shhhhhhh!!!!
jangan cakap kuat2..sebab semua orang dah tidur..;)
huhu..


disebabkan kepale myra sekarang nie tengah meronta ronta kesakitan,myra terpaksa batalkan niat untuk tidur!
errghh! nie la akibat nye kalau makan durian!!
kalau makan sikit sedap..bila makan banyak,bahana badan!
kepala nie tunggu masa je nak tumbang..
dari tadi myra berjalan agak longgar..sampaikan meja pon myra langgar!-.-''
panadol dah berapa bijik myra telan..! lau ikot kan hati,nak aje myra telan sepapan uh!..baru boleh tidur dengan lena..huhu..siap hari bulan,tak bangun langsung! haha..;p


meh sini nak cerita la sikit..:)
kiranya nie cerita sebelum tidur..ala..waktu zaman kecik2 dulu selalu ade orang tolong bace kan cerita sebelum tidur..;)
hehe..so sekarang,korang kena bace cerita myra nie..baru boleh tidur! huhu..

ala..cerita ringan aje nie..:)

dalam dunia sekarang nie,orang kata susah nak jumpa orang yang baik..kalau ade pon,baik ade makna..atau nama saintifiknye,ADA UDANG DISEBALIK BATU..:) hee..~
tapi betul ke dah tak ada hamba ALLAH yang baik wujud dekat muka bumi nie??

pernah dengar tak,ada orang yang sanggup susah kan diri dia semata mata nk tengok orang sekeliling dia bahagia or gembira?
bunyi macam kerja bodoh je kan?
ye la..buat ape nak susah kan diri sendiri untuk buat orang lain gembira?
-itu kata orang zaman sekarang-
dari buat orang lain gembira lebih baik gembira kan diri sendiri..betul tak? :)


ok lah..macam nie cerita dia..ada seorang budak lahir dalam keluarga yang sederhana..tak mewah..dan tak juga miskin..dari kecil dia telah di berikan didikan agama yang sempurna..dia seperti kanak-kanak lain..
punyai impian nye tersendiri..ingin membalas jasa kedua ibu bapa nye..kalau boleh,dia ingin membalas segala pengorbanan kedua ibu bapanya selagi terdaya..:)

dia punyai hati yang sukar untuk orang lain bace..kerna watak dia diluar agak berbeza dengan watak dalaman nye..
namun dia mempunyai hati yang lembut..hatinya sering tersentuh tatkala melihat penderitaan orang lain..tak kira la berapa besar penderitaan orang itu,dia akan mudah mengalirkan air mata..
kata orang,walau pun fizikal nye kelihatan keras,belum tentu dalaman nyer keras juga..betul tak? :)


kalau boleh,dia nak bantu semua orang yang berada dalam masalah..walau tak banyak yang dapat dia bantu,tapi dia akan cube untuk membuat orang itu tersenyum kembali..bagi dia,setiap senyuman yang berjaya dia kembalikan merupakan suatu anugerah buat dia..:)


pernah suatu hari,masa dia tengah bermain dengan adik beradik dia diluar rumah,tibe2 dia ternampak seorang kakak cube nak keluarkan bola badminton yang termasuk dalam longkang besar..kebetulan longkang itu x jauh dari rumah budak tue..kalau korang la kan,ape yang korang akan buat??
*buat ape nak tolong?bukan hal kita..-alasan orang zaman sekarang-

nak tahu ape yang budak itu buat? dia sanggup masuk ke dalam longkang besar yang kotor dan busuk tue semata-mata nak ambil bola badminton yang bukan milik dia..dengan keadaan longkang yang macam itu,macam2 boleh jadi dekat budak yang hanya berumur 8 tahun tue..

ada lagi beb..kalau dia nampak mane2 peminta sedekah mahupon pengemis,dia tak teragak-agak nak keluar kan duit dia untuk beri dekat peminta sedekah tue..hampir setiap kali jumpa,dia akn beri.pernah mama dan papa dia tegur.."kita bukan orang kaya..cukup la sekadar beri pada yang tertentu sahaja..tidak perlu beri pada semua"
"along kesian dekat mereka papa..mereka tak ada rumah..nak makan pun susah.along tak kesah along tak makan hari nie..along sanggup puasa papa.."
itu jawapan yang budak itu beri pada papa dia..:)
kelu lidah papa nya..:)


urm..belum habis lagi..:)  budak itu duduk berjiran dekat sebuah taman..jiran sebelah kiri dia merupakan seorang wanita dan belum berkahwin..:)
kalau korang nak tahu,setiap petang budak itu akan sapu sampah dekat luar rumah jiran dia..walaupon jiran dia tak minta untuk dia berbuat demikian,namun sifat kesian yang mendorong dia untuk buat kerja itu.
"auntie! tadi along dah sapu sampah dekat lantai(luar rumah tempat park kereta) tue..auntie tak payah sapu lagi tau..sebab auntie penat balik kerja..along dah tolong sapukan untuk auntie.."
budak yang belum dewasa itu pon tahu erti belas kasihan..:)


kadang2 orang selalu ambil kesempatan di atas kebaikan budak itu..

pernah 1 hari budak tu tengah tengok cerita tentang warga tua dirumah orang-orang tua di televisyen..
tibe2 dia bersura,"papa,boleh hantar along dekat rumah tu?"
papa nye dalam keadaan pelik bertanya,"kenapa along nak pergi dekat rumah tue?"
"along nak tinggal dekat situ boleh? along nak jaga semua nenek2 dengan atok2 tu..kalau pagi2 along pergi la sekolah.lepas habis sekolah along boleh jaga nenek dengan atuk tue.papa dengan mama datang la jumpa along hari cuti sekolah..boleh kan papa?"


beb! tersenyum papa budak tue..:)
kalau korang pernah x terfikir untuk buat macam tue?? :) tepuk dada,tanya hati..

kisah budak tue belum habis lagi..:) ade 1 hari dia ikot papa dia pergi pasaraya..nak beli nestum untuk adik dia..masa nak bayar dekat kaunter,tibe2 budak itu keluar kan purse kartun dia..
"papa! along nak bayarkan."
tanpa berfikir panjang,papa budak tue terus bagi duit dekat anak dia untuk dieberi kepada casher..
"nah..papa simpan..along nak bayar guna duit along.along bawak duit banyak.nak bayar nestum adik.along nak beli nestum untuk adik pulak."
korang bayangkan lah..duit yang ade dalam purse budak itu hanya duit syiling je..:) kalau dikira-kira,belum tentu cukup untuk budak itu bayar nestum adik dia..:)


so,ape pendapat korang bila bace kisah budak ni? :) ni memang kisah benar..:) dan budak itu pon memang wujud..sampai sekarang dia masih x berubah..tetap 'along' yang dulu..yang nak tengok orang lain gembira..
ok lah..myra dah ngantok..sambungan tok cerita nie,esok myra post lagi..
nyte!

sekian..

my talk:) renung2 kan~
Thanks for reading :)

No comments: