Perit

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Tak terlambat untuk aku ucap alhamdulillah atas result aku dua minggu lepas.
Hanya Allah tahu bertapa payah dan perit aku bangkit dari jatuh saat aku perlu betul-betul beri fokus kepada semester akhir aku.
Nah akhirnya aku berjaya buktikan ..
Puas?
Ya.. aku puas.
Aku sendiri tak sangka akan dapat result itu.
Cukup buat ibu ayah tersenyum.
Cukup buat aku sedar selama ni aku bukan tak boleh.
Cuma mungkin belum rezeki aku.
Akhirnya aku berjaya dapat dan buktikan pada semester akhir aku.


Orang tidak tahu apa yang aku lalui.
mereka tak pernah rasa tempat aku.
cukup aku kata kan orang sekarang lebih kepada melepaskan diri masing-masing.
Hanya yang betul-betul bergelar sahabat akan sentiasa bersama engkau saat susah dan senang.
saat meningkat usia baru aku sedar sahabat itu hanya boleh kau bilang dengan jari.
malah bilangan mereka tak sampai pun kepada lima jari.


namun aku percaya.
Allah ada perancangan yang baik untuk aku.
pada yang pernah bersama aku terima kasih aku ucapkan.
saat susah dan senang.
moga Allah balas kebaikan korang.
ya..aku tak suka bercerita apa yang aku rasa yang aku lalui.
dan tak mudah untuk aku berkongsi.
aku lebih memilih untuk berdalih.
berdalih tak semestinya aku menipu.
cuma kadang-kadang keadaan dan situasi yang aku alami sangat susah untuk aku ceritakan atau kongsikan pada orang sekeliling..baik yang bergelar sahabat sekalipun.
aku faham.
untuk permulaan sukar untuk rakan-rakan aku faham keadaan dan situasi aku.
"kau tak cerita macam mana kita orang nak faham?"
"kau selalu berahsia.."
"sampai bila kau tak share dengan kita orang kalau betul kau anggap kita orang sahabat kau?"


hurm...
kadang tak semua aku dapat cerita kan.
dan tak semua aku dapat luahkan.
aku bimbang kalau aku cerita atau aku luahkan seolah olah aku menagih simpati.
aku bukan macam tu.
21 tahun aku hidup cukup aku kata kan aku dah biasa susah ..
kadang kalau nampak aku senang, mungkin orang tak percaya kepayahan yang aku lalui.
aku juga punya naluri dan keinginan.
sama seperti orang lain.
teringin itu dan ini..
tapi aku pendam lama..sampai satu tahap bila aku rasakan aku boleh rasa kan sedikit dari keinginan aku itu sudah cukup..


kehidupan aku di kampus amat payah.
kalau dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain..
aku hidup dikampus berbekalkan duit elaun makanan sahaja.
RM120 sebulan.
alhamdulillah..
aku anggap itu rezeki aku.
aku tak dapat PTPTN setelah permohonan aku bermasalah..
puas turun naik pejabat PTPTN,sampai naik fed up akhirnya.
sudahnya aku sendiri ambil keputusan untuk tidak mohon PTPTN..

kawan..
maaf kalau selama ini aku banyak berdalih.
bukan sebab aku tak jujur keadaan aku.
cuma aku tak tunjukkan apa yang aku lalui ..
cukup aku jadikan kepayahan aku sebagai pembakar semangat untuk aku belajar sehingga berjaya.

nasi sebungkus yang aku beli dekat anjung dah biasa aku bahagi kan kepada dua bahagian.
separuh aku makan tghari.
separuh lagi aku makan waktu malam.
kadang bila balik cuti,aku minta ibu masak kan sambal kering tempe dan ikan bilis..
aku simpan sambal kering tu elok-elok supaya dapat tahan lama.
 paling tidak 10 hari je bertahan
aku tinggal spend rm 1 je pada nasi putih..itu sudah cukup


ada satu ketika bila sambal banyak lagi dan keadaan sambal kering tak elok dah aku masih makan..
aku jadikan lauk.
buat kering hati je.
memang dah rasa lain sambal tu.
tapi aku tahan..
sebab aku nak jimat.
kalau boleh aku tak nak minta duit pada ayah ibu.
cukup aku tahu kepayahan ayah ibu.


kawan..
aku pernah makan nasi putih dengan kicap je.
itu pun dah cukup.
bila korang tanya,"myra dah makan?"
aku jawab dah.
begitu juga pada yg lain..aku berikan jawapan yang sama.


kadang pernah dua tiga kali duit elaun aku lambat masuk dari tarikh yang ditetapkan.
pernah lambat dua hari.
baki ditangan tinggal RM5.
aku fikir kan macam mana cara aku nak hidup dengan baki rm5 di tangan dalam dua hari..
aku menangis belakang blok..
sorang pun tak tahu.
aku tak nak cerita pada orang.
aku tekad untuk puasa.
aku bahagi kan duit jadi RM2.5O sehari..
so bila berbuka aku beli burger.
benjo..
rm1.80 sebiji..
alhamdulillah..kenyang.

 member ajak lepak makan dekat anjung aku beri lagi alasan..
seribu alasan aku berikan..
"aku penat"
"aku tak solat lagi"
"aku nak basuh baju"

sedangkan semua tu sekadar alasan untuk aku lepaskan diri.

aku pernah berniaga dekat blok.
berbekalkan duit elauan yg aku baru terima untuk bulan berikutnya aku bawa balik dan aku beli barang untuk buat choco cookies.
yang ni tak siapa yang tahu aku berniaga.
yang dua tiga orang je.
tu pun bila kawan-kawan aku datang bilik dan nampak kotak cookies aku.
cookies tu aku pek elok2 aku letak dalam kotak dan aku jual dekat tangga blok.
tangga blok aku dekat aras 2 memang tempat budak2 jual makanan.
alhamdulillah untuk seminggu dua perniagaan aku berjaya.
dapat sikit aku simpan dan aku belanja mewah beli kfc..
masuk minggu ketiga duit aku dan cookies selalu kena curi.
aku tak sentiasa ada dekat tangga tu.
biasa nya kalau aku letak kotak cookies awal pagi sebelum kelas,selepas kelas aku akan jenguk balik.
begitu juga budak blok aku yang jual makanan dekat situ..
duit aku habis kena curi..
cookies aku pun dah tak ada..
yang tinggal rm1 je dalam kotak tu..
aku anggap bukan rezeki aku..
Allah dah katakan sampai situ je..


aku tak dapat nak pantau selalu..
sebab aku ada kelas.
dan aku tak dapat nak ketuk setiap pintu blok aku..
aku tak nak kawan-kawan tahu keadaan aku..
dan aku punya masa yang terhad untuk buat demikian.
assingment dan test sentiasa menanti..


kawan..
aku pernah jual salah satu flat shoe aku..
sebab aku betul-betul nak duit poket.
aku tahu bukan senang aku nak dapatkan balik sepasang kasut.
buktinya sampai sekarang aku tak dapat ganti kasut sukan aku yang dah rosak masa MDS.


pernah satu ketika aku yakin kawan-kawan rapat dah mula tahu yang aku tak cukup duit belanja.
"kalau nak pinjam aku duit bagi la tau myra..jangan sampai kau tak makan.."
pinjam duit bukan prinsip aku.
susah macam mana pun keadaan aku dekat kampus aku tak akan pinjam duit.
aku tak nak susahkan pihak lain.
ibu aku dah ajar.
jangan pernah pinjam duit orang.

"kau ni degil la..pinjam la duit aku dulu. nanti dah dapat elaun kau bayar la balik"
aku ingat lagi kata-kata roomate aku.
biar aku degil. janji aku tak pinjam duit orang.


 aku boleh usahakan cara lain untuk cari duit belanja.
antaranya aku join program under kampus aku.
dari situ lepas habis buat kerja aku akan dapat duit.
aku tahu..aku ambil risiko tinggi bila aku join program tu.
bimbang kalau akan jejaskan pelajaran aku.
aku sedar semua tu.
aku dah fikir kan dari awal.
cuma orang lain tak mampu berada di tempat aku.
tak mampu nak rasa apa yang aku rasa.


dua perkara yang aku dapat.
pertama aku belajar uruskan program.
dan kedua aku dapat duit poket untuk kelangsungan hidup aku di kampus.
tak..orang sekeliling tak akan faham.


aku anak sulong.
tak kan tergamak untuk aku minta duit melainkan ayah atau ibu yang bagi.
satu perasaan malu yang menebal bila kau nak minta duit dekat parents.
itu je cara yang aku boleh buat untuk dapatkan duit poket.
siapa je nak hujung minggu diganggu dengan program?
selagi nama student jangan kacau hujung minggu kami.
sebab waktu itu adalah waktu di mana kami balas dendam tidur yang tak cukup.
aku percaya pada yang pernah bergelar student pasti akan faham maksud aku.
aku terpaksa bangun macam hari kuliah biasa semata nak uruskan program.
dan program selesai sama waktu aku habis kuliah.
penat?
jangan tanya.


aku tak nak pada nama..
aku tak nak pada jawatan.
aku nak dua perkara..
duit belanja, kemahiran dan ilmu.
itu saja.
terpulang pada mata kalian untuk menilai.
aku tak mampu halang.


kawan..
kalau sekali lagi korang tanya cukup ke RM120 buat belanja sebulan?
tak akan pernah cukup.
setiap hari kau perlu makan.
aku tak nafikan..
di kampus aku kerap kena gastrik.
ubat gastrik sentiasa dalam beg kuliah aku.
kadang kalau aku puasa sebab nak ikat perut bila dah tak tahan aku akan buka puasa dengan ubat gastrik.
tunggu petang sikit dah nak malam baru aku beli makan.
aku tak tunjuk depan kawan-kawan aku.
aku tak cerita pada orang.
aku lalui sendiri.



dugaan bila tiba karnival keusahawanan di kampus.
banyak gerai makanan.
char kue teow dan macam-macam lagi.
kawan-kawan aku seronok  berbelanja.
aku sekadar mampu teman dorang order makanan je..
sekadar cium bau makanan yang dijual.
itu dah cukup buat aku kenyang.
"myra kenapa tak beli? char kue teow ni sedap tau.."
tak pe lah kawan.
kalau aku beli lari budget aku..
keinginan untuk beli makan memang ada.
tak nafikan makanan dekat situ harga standard.
tak mahal pun.
aku terfikir..
kalau aku beli nanti belum tentu aku kenyang..
lebih baik aku beli nasi.
dekat karnival tu memang ada jual nasi..
nasi lemak ayam..nasi ayam penyet..semua ada la.
cuma harga pula mahal..tak mampu aku.
sesekali aku nakal lalu depan kedai just ambil bau je.
tu pun dah cukup
bohong la tak teringin nak rasa.
bila dah teringin sangat aku pujuk hati aku beli sosej RM1.
sosej yang dicucuk dengan lidi..
dalam hati ni, Allah je yang tahu seronok nye waktu tu.
'yeay..sekurangnya aku beli juga..sedap hotdog ni' :')


"kau makan hotdog je myra?"
cukup la kawan.
itu je yang mampu aku beli.


 hidup di kampus lain rentaknya.
bila kau sentiasa dikelilingi dengan kawan-kawan yang rapat memang akan sentiasa ada ragam.
bila tengok kawan makan kfc tak kan kau tak nak join?
boleh tahan ke kau makan nasi untuk sebulan?
terkadang nak juga tukar selera..
aku ikut kemampuan juga.
ada yang aku ikut.
tapi kebanyakkannya aku tolak perlawaan mereka.
sekali lagi aku cipta alasan.


kadang ada kawan yang bawa balik lebihan cheezy wedges.
"weh myra..nah rezeki kau.. ada 3 ketul cheezy wedges aku yang tak habis.makan la."
rezeki beb..alhamdulillah.
tak dapat makan ayam kfc aku dapat juga makan cheezy wedges :)
"ni ada air pepsi aku tak habis juga."
aku ambil ..sebab dorang dah beria suruh aku makan.
air pepsi yang dah cair aisnya..aku minum ..alhamdulillah..



niat aku menulis di sini bukan untuk minta simpati.
ni sekadar aku nak berkongsi apa yang aku lalui.
tak semua tahu.
dan aku tak pernah cerita pada kawan-kawan.
apa yang tertulis pada entri kali ni hanya suku dari apa yang aku lalui.
ni yang kecil je.
yang besar aku rasa lebih baik aku simpan seorang.
sekurang nya aku tahu aku tabah.. biar susah aku di kampus aku masih mampu survive.


so pada sesiapa yang baca entri kali ni,itu pun kalau ada yang singgah baca la..
aku harap kisah aku dapat jadi kan sumber kekuatan dari sudut positif.
tak semestinya kau perlu nak ikut rentak kawan-kawan.
ya aku sedar.
aku pun ada terikut..cuma aku dah lama buat persiapan.
mungkin pada waktu itu aku dapat duit gaji so nak juga berbelanja lebih pada makan.
kadang nak juga aku rasa hiburan.
jangan bohong kalau aku katakan masa remaja ni ada yang mampu kawal keinginan dan perasaan untuk cuba itu ini.
alhamdulillah.aku masih mampu kawal diri aku.
tengok wayang, makan sedap-sedap mahal-mahal itu benda biasa bila kau dah punya keinginan masa zaman remaja.
sekurangnya aku dapat limitkan.
aku sedar aku tak semewah dari yang lain.
tapi tak salah kalau aku nak rasa sikit ..


terpulang la.
hak masing-masing untuk menilai selepas membaca entri ini.
mana yang baik korang guna kan lah.
mana yang tak,jadikan pengajaran.
aku seorang remaja juga.
tak ada beza dengan remaja yang lain.
punya keinginan.
punya perasaan nak mencuba.

aku juga manusia biasa.
mana salah silap aku yang ada pada mata kalian aku minta maaf atas kekurangan diri aku.
mana yang pernah bantu aku masa aku susah..
pernah faham keadaan aku walaupun sementara,aku ucapkan terima kasih.
aku tak mampu balas dengan wang ringgit.
cuma InsyaAllah doa untuk kalian sentiasa ada selagi aku hidup.



sekian.

my talk:) maaf jika selama ini aku berdalih. cuma aku tak nak ceritakan apa yang aku lalui. aku tahu.. tindakan aku itu sebenarnya akan makan diri aku sendiri. aku terima. sebab aku tak mampu nak paksa orang untuk faham aku.untuk faham keadaan dan situasi aku. aku minta maaf sekali lagi. tak kisah la pada sesiapa pun.
Thanks for reading :)

No comments: