Sungguh Aku Redha..

Ya Allah..

kenapa hubungan yang cuba aku pertahankan ini terhenti di sini??..
pimpin dan pandulah kami agar silaturrahim yang terjalin sebelum ini kembali untuk kami..
nafas ku seolah terhenti buat seketika..


Ya Allah..
aku ikhlas menyanyangi nya..


Allahuakbar..sebak rasanya hati ini..
bukan ini yang aku pohonkan dalam setiap doaku..

sekelip mata semua nya berubah..
bagaikan orang asing..
aku terlalu rindukan dia..
tapi aku tak mampu kerana aku tak nak sakitkan hatinya lagi..


jika ini yang terbaik...
aku redha..
berikan aku secebis kekuatan untuk aku bangkit seterusnya dapat menjalani kehidupan ku seperti biasa..
aku tak mampu meluahkan rasa sayang dengan kata-kata..
mungkin tidak cukup dengan cara yang aku tunjukkan sebelum ini bahawa aku benar-benar sayangkan nya.


Bismillahhirahmannirrahim..

Ya Allah..hanya kepada mu aku sujud..
Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Ampun kan segala dosa2 kami..
dan dosa kedua ibu bapa kami..


Ya Allah..
Redha kan lah hati ku dengan ketentuan Mu..
Ampunkan lah segala dosa kami..


Engkau Lindungi lah dia dunia dan akhirat..
Permudahkan segala urusannya..
Berikanlah dia kesihatan yang baik..
Panjang kan lah umur nya.
Pelihara dia dari azab seksa api neraka Mu Ya Allah..
Jauhkan dia dari bahang api neraka Mu..

Ya Allah..
Panjangkan lah umurnya..
Berikanlah dia kebahagiaan dunia dan akhirat..
Lindungi lah dia di sana Ya Allah..
Hadirkan nya orang2 sekeliling yang sentiasa menyayangi nya..


Ya Rahman Ya Rahim..
Murahkan lah rezeki nya..
Buka lah pintu rezeki seluas luasnya buat dia..

Sungguh Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami..
Peliharalah silaturrahim kami dalam doa Mu..
Meski tidak lagi seperti dulu, izinkan aku untuk terus menyayanginya seperti sebelum ini..
Jangan biarkah kasih sayang ku pada nya melebihi kasih sayang ku pada Mu Ya Allah..

sungguh aku rindukan dia..
pinjamkan aku secebis kekuatan untuk kali ini..
aku tak terdaya bangkit..


aku tak akan minta lagi peluang..kerana aku yakin tak akan ada lagi untuk aku..
aku mengharapkan satu penjelasan yang terakhir untuk aku jelaskan padanya..
mungkin mustahil untuk aku dapat..
mustahil untuk aku dapat jelaskan apa yang sebelum ini aku simpan..
terlalu mustahil untuk dia dengar dan terima apa yang bakal aku jelaskan..


bohong jika aku tak perlukan nya lagi..
bohong jika aku tak hargai dia.

aku yakin dia tetap beranggapan yang aku tak perlukan dia lagi..
aku yakin dia tetap berandaian bahawa aku tak hargai dia...

aku cuma ingin buat satu penjelasan terakhir..
penjelasan yang bukan dibuat dalam telefon..
tapi kali ni biar lah aku berhadapan dengannya dengan harapan apa yang aku nak sampaikan buat kali terakhir itu dia dengar terus ke dalam hatinya...

*terlalu mustahil untuk berlaku..

sekian di sini..
aku redha meski hati masih menangis..
moga dia bahagia di sana..



Thanks for reading :)

No comments: