Layangan doa buat mu,kakak

Assalammualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah..
panjangkanlah umur beliau ,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan beliau tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui beliau
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah beliau kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN


my talk:) jika sebelum ini sebatang pokok itu tumbuh merimbun,dek kerana angin yang kencang, ia jatuh menyembah bumi.. kembali pada yang hakiki. namun akar nya masih di situ. bersisa dan akan tetap tersemat di dasar bumi. begitu juga lah kasih sayang kita kepada seseorang. Mustahil untuk dibuang sejauh mungkin. sayang dan rindu akan diterjemahkan melalui doa.
Thanks for reading :)

No comments: