WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK USTAZ HANAFI..:)

Assalammualaikum!


huhu!! follower dah bertambah seorang! yiieeppee!
thanx faten! :)

kali ni myra ada mood nak update cerita dekat belog ni..
so,macam biase la kan..kalau nak update belog,kena cari port yang BAIK PUNYEERR! ;)
tak nak ada gangguan,and tempat mesti sejuk~
hehe..

guys! semalam myra baru balik dari UiTM..
bak kata orang utara..
'TAK ADO KOJE,CARI KOJE'..
heehe..
student lain best lepak2 dekat rumah,myra pulak kena balik uitm atas faktor tugas.

ape je yang myra buat dekat sana??.
hah! meh sini myra nak share sikit.
before that,myra nak korang tengok gambar dekat bawah ni..









cer korang tengok betul-betul..gambar apakah yang diatas ini?? ;)
huhu..



adoi....lambat ar nak tunggu jawapan dari korang.. ;)
hehe..
ni ler gambar lencana SILAT CEKAK USTAZ HANAFI..
so,semalam,sabtu,7/4/2012 merupakan kejohanan silat cekak atau lebih dikenali sebagai
WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK USTAZ HANAFI IPT dan SEKOLAH 2012..

kalau korang nak tahu,kejohanan ni telah berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Sembilan di Paroi~
sebanyak 60 kontinjen yang menyertai kejohanan ni.


ok,meh sini myra cerita dari awal hingga akhir..
myra bergerak balik ke uitm pada hari rabu..
myra naik ktm hingga ke terminal seremban.
then straight away naik bus ke uitm beting.
myra sampai uitm pon lebih kurang dalam pukul 4 lebih.


malam pula,tugas myra sebagai ajk penginapan dah bermula.
kami,ajk2 dibawah penginapan ditugas kan untuk menyediakan tempat penginapan buat kontinjen2 yang menyertai kejohanan tersebut.

yang myra nak cerita dekat sini,pada malam itu juga myra ditugaskan untuk memeriksa setiap rumah disetiap blok!
walawey!!! tersentak myra kejap!
haha.
dalam hati,tuhan je tau..
ade ke kena check semua rumah dekat blok kediaman malam itu juga??
korang bayangkan la,time cuti ni,sape je yang duduk dekat blok kediaman tue??
student semua dah chau balik cuti..

errgh..gelap itu jangan cerita la~~~
dari tingkat 1 hingga la tingkat 5..
gelap!!!!!

siape je yang berani naik blok dalam gelap2 tue??
hampa mai try tengok? ;)
hehe.


myra kena check katil,paip,dan tandas di setiap rumah..
itu semua untuk keselesaan kontinjen.

tiap kali nak masuk rumah yang gelap lagi gulita itu,hanya tuhan sahaja tahu..
huhu..
ayat kursi banyak kali juga myra ulang~ hehehe..
bukan takut,but berwaspada~ haha..


dari kolej SRI MENANTI 3,hingga lah ke kolej SRI MENANTI 6..
dari tingkat 2 hingga lah ke tingkat 5.
hah! korang cuba calculate sikit..berapa banyak rumah yang tak berpenghuni yang myra dh masuk?.
huhu..
btw,myra bukan pergi sorang..~
gila ape nak pergi sorang?? haha
myra pergi buat tugas itu pon berdua.
papepon,perasaan itu masih ada walaupun dah berteman~
thanx to faten sebab berkerjasama sepanjang betugas pada malam itu..hehe


tak silap myra,kita orang selesai tugas pada pukul 12 malam~
wuuuu!!..hanya dapat bertahan setakat itu saje..
haha.

esok nye,khamis,kita orang,ajk2 kediaman sibuk menyusun senarai kontinjen yang bakal menginap di kolej kediaman.

jumaat,pagi2 lagi kita orang dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku..
hehe..
excited nak terima tetamu~ ;)

pukul 12.45 tengahari,kontinjen yang pertama sampai.
tak silap myra,kontinjen dari SMK SRI MAHKOTA..
pergh!! excited rasa nya dorang tu nak bersilat~ hehe..
then ajk2 lain dah start busy.
baik dari ajk pendaftaran,hingga lah ke ajk kediaman.
masing2 dah start busy.


sebanyak 20 kontinjen yang menginap di kolej kediaman uitm beting.
dan sebanyak 732 orang kesemuanya..
lagi 40 kontinjen tidak menginap.
yang menginap ini hanya lah kontinjen2 yang duduk jauh dari tempat kejohanan.

dari siang hingga lah malam..kami ajk2 menyambut tetamu dengan tangan yang terbuka.
even penat,but tugas tetap kami jalankan.
pelbagai kerenah yang terpaksa kami hadapi.
tak kurang juga dengan masalah yang timbul pada waktu kemuncak.
tetapi semuanya kami tangani bersama.

antara kontinjen yang menginap di uitm ialah,UPSI,SMK GUAR CEMPEDAK,SMK SRI KUKUP,SMK IBRAHIM,GERMAN MALAYSIAN INST(GMI),MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR(MCKK),POLITEKNIK-POLITEKNIK,SMK SULTAN ABDUL HAMID(SM SAH),UITM SHAH ALAM,UITM PULAU PINANG,INSTEDT,dan beberapa lagi kontinjen..sori guys! ade lagi.but myra dah lupa~ huhu..


hah! banyak kan??..
dari siang,sampai la ke 3 pagi!
kita orang terpaksa menunggu ketibaan kontinjen2 yang lewat atas faktor jarak dan masalah2 teknikal seperti kerosakan bus..

sabtu,7 haribulan,ajk perlu bertugas lagi untuk mengetuk setiap pintu rumah kontinjen untuk bangun kan dorang semua.
pukul 5.15 pagi ajk2 dah mula bersepah ke setiap tingkat~
ni pon macam2 pe'el yang kita orang jumpa.
haha..
maybe dah penat sangat,so,ade yang ajk ketuk pintu rumah tapi tak menyahut-nyahut pong!
adoyai~~~ haha.


tepat pukul 7,kami bergerak ke stadium kejohanan..
kabus pada hari tu memang tebal~
dan cuaca masih gelap lagi.
lebih kurang 10-12 buah bus yang bergerak keluar dari uitm beting.
and kalau korang nak tahu,perjalan kami telah di'escort' oleh abang-abang polis~
pergh!! terasa macam orang kenamaan dah! ;) heehe.
tak silap myra,6 buah motorsikal polis dan sebuah kereta polis yang memantau perjlanan kami.
turut terlibat,3 buah kereta setiausaha kerajaan n9(SUK) terlibat sekali.
sekali sekala terasa macam rombongan anugerah bintang popular berita harian dah! :P hahaah.

 myra dan beberapa ajk diberi penghormatan untuk menaiki bus SETIAUSAHA KERAJAAN(SUK) yang serba mewah! pergh!
memang awesome!
dan bus kami di escort sekali tau!.;) hehe..korang hado?? tak adoo~~ huhu

perjalanan kami ke stadium mengambil masa 30 min..
dan yang paling best,sepanjang perjalanan kami tidak berhenti pon di traffic light~ hehe..
ni semua gara-gara abang polis yang punya kerja~ ;)
seronok~~


pukul 7.40 kita orang tiba di stadium..
then masing2 dah mula dengan tugas yang telah ditetapkan.
perasmian bermula.dan tetamu khas kami ialah vvip.
nak tahu siapa??
beliau ialah waris tunggal silat cekak ustaz hanafi.anak lelaki ustaz hanafi sendiri.


moh sini tengok gambar sekitar kejohanan silat cekak pada hari sabtu lepas



gelanggang silat yang terdapat di stadium paroi..12 buah gelanggang dibuka.






perbarisan kontinjen..

tempat duduk khas untuk ahli persatuan silat cekak ustaz hanafi kebangsaan









































hah,puas la korang tengok gambar budak2 silat dekat atas ni.huhu..

majlis penutup telah berlangsung pada pukul 4.45 petang.
and yang paling best,tetamu kehormat yang menutup majlis kejohanan wajadiri silat cekak peringkat kebangsaan ini ialah Undang negeri sembilan sendiri..
Sebelum majlis penutup,kami semua telah diberi taklimat ringkas berkenaan dengan tatasusila dan adat yang perlu kami ikut memandangkan Undang NEGERI SEMBILAN bakal menyertai kami pada majlis penutup itu nanti.
antara nya,kami telah diberi taklimat untuk memberi sembah hormat kepada undang semasa perarakan masuk undang..
pergh!! first time myra sembah hormat!.
dah macam sembah hormat depan sultan..
baru myra sedar bahawa adat negeri sembilan masih tetap diamalkan sehingga kini.
walaupon myra anak jati kL..tapi myra bangga kerana ada susur galur dari sana.:)


ok la guys!
sampai sini sahaja celoteh myra.
jari ni dah nak kurap dah! hehe..
see u next entri!
bubye..


my talk:) life is not about yourself..it's about everyone around you. renung2 kan..


Thanks for reading :)

1 comment:

Fatin Firzana said...

Hehe, welcomed, kawan baru! ^_^ Best bertugas dengan awak. OKAY FOINE, dia dapat amek gamba2 kat sana!!! :O Lucky you... heeee